Simple Resepi Daging Hitam Manis

 

DAGING HITAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

1kg daging | dipotong dadu
5 sudu makan kerisik
Minyak untuk menumis

BAHAN PERAPAN:

2 biji bawang besar | saiz sederhana } dikisar halus
5 ulas bawang putih } dikisar halus
3 batang serai } dikisar halus
2 sudu makan ketumbar }dikisar halus
1 sudu makan jintan putih } disangai dan ditumbuk halus
½ sudu makan jintan manis } disangai dan ditumbuk halus
1 sudu makan biji lada hitam
Sos tiram secukupnya
Kicap manis secukupnya
Gula secukup rasa

BAHAN TUMIS:

1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang

CARA MEMASAK:

Daging yang telah dipotong digaul sebati dengan bahan perapan. Biarkan selama sejam.
Kemudian panaskan minyak , tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau.
Setelah itu masukkan daging yang telah diperap bersama jusnya dan dikacau rata.
Tambahkan air jika daging masih belum empuk. Biarkan mendidih.
Apabila daging sudah empuk, masukkan kerisik untuk memekatkan kuah. Kacau rata dan tutup api.
Hiaskan dengan hirisan cili padi dan sedia dihidangkan.

Info : Tidak perlu dimasukkan garam kerana daging sudah diperap bersama sos tiram. Jus daging yang telah diperap hendaklah dididihkan sekali dengan daging kerana ia memberikan perisa yang enak pada masakan ini.